Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah

Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

Mengenai Kami

Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Pasir Gudang terletak di Batu 16, Jalan Kong Kong berkeluasan 72 ekar. Di Negeri Johor, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) merupakan satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menguruskan dan mentadbir tanah perkuburan sejak tahun 2000. Perkhidmatan pengurusan yang disediakan MBPG antaranya urusan pengkebumian, pengawasan tanah perkuburan dan penyelenggaraan tanah perkuburan.

Garis Panduan

Pengebumian (Peringatan Penting !!!)

Setiap permohonan pengebumian hendaklah mengemukakan Borang Daftar Kematian / Permit Mengubur dan salinan kad pengenalan si mati.

Pengebumian Jenazah Berkecuali

Terdapat beberapa kes jenazah yang perlu dikebumikan dengan segera disebabkan oleh faktor-faktor yang melibatkan pendarahan atau mempunyai penyakit berjangkit dan lain-lain mengikut laporan post-mortem Pejabat Kesihatan / Klinik Kesihatan / Polis / Ketua Kampung / Waris dan WAJIB dikemukakan semasa mengisi borang.

Waktu pengebumian biasa adalah sehingga jam 7.00 malam dan akan dilanjutkan sehingga jam 12.00 tengah malam bagi kes pengkebumian berkecuali.

Kadar Bayaran Pengebumian

Berkuatkuasa pada Januari 2017, kadar bayaran yang dikenakan hanyalah RM 150.00 di mana tiada lagi upah menggali kubur kerana ianya dilakukan oleh pekerja sambilan yang dilantik dan kos gaji pekerja sambilan berkenaan ditanggung oleh MBPG. Ini adalah inisiatif yang diambil oleh MBPG didalam menangani kos sara hidup yang tinggi dan dapat membantu mengurangkan beban kepada rakyat.

Ziarah

Waktu ziarah untuk waris adalah dari 7 pagi hingga 7 malam setiap hari. Namun begitu, pada hari Jumaat, tanah perkuburan akan ditutup sementara dari jam 12.00 tengahari – 2.30 petang kepada orang awam bagi menghormati Solat Jumaat.

Pekerja

Waktu pengoperasian pekerja di tanah perkuburan adalah dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang manakala waktu rehat bermula jam 1.00 petang hingga jam 2 .00 petang.

Binaan Kepuk

Pembinaan kepok adalah bergantung kepada kemampuan waris. Jika berlaku sebaliknya, kepok sedia ada (papan) akan dikekalkan dan dicat bewarna putih oleh pekerja tanah perkuburan / pengusaha kepok.

Bagi pengusaha kepok, binaan bersimen hendaklah mengikut nisbah 1 : 3 : 6 (simen : pasir : batu baur) dan lepaan simen mengikut nisbah 1 : 1 : 4 (simen : kapur : pasir halus). Selepas itu, kepok bersimen hendaklah dicat bewarna putih.

Penyeragaman Spesifikasi Kubur

Scroll ke kanan atau ke kiri untuk membaca jadual di bawah:

Kategori Spesifikasi Kubur Lelaki (Dewasa) Spesifikasi Kubur Perempuan (Dewasa) Spesifikasi Kubur Lelaki (Kanak-Kanak) Spesifikasi Kubur Perempuan (Kanak-Kanak)
Jarak Antara Kubur a.Jarak antara kepala dan kaki kubur :
1 ½ kaki (50cm)
b.Jarak antara sisi kubur :
1 ½ (50cm)
a.Jarak antara kepala dan kaki kubur:
1 ½ kaki (50cm)
b.Jarak antara sisi kubur :
1 ½ (50cm)
a.Jarak antara kepala dan kaki kubur:
1 ½ kaki (50cm)
b.Jarak antara sisi kubur :
1 ½ (50cm)
a.Jarak antara kepala dan kaki kubur:
1 ½ kaki (50cm)
b.Jarak antara sisi kubur :
1 ½ (50cm)
Ukuran Kepungan (Kepok) a) Panjang Kepok:
6.5 kaki (233cm) termasuk tapak
b) Lebar kepok:
3 kaki (100cm) termasuk tapak
c) Tinggi kepok: Tidak lebih 1 kaki (33.3cm)
d) Warna kepok:
Putih
a) Panjang Kepok:
6.5 kaki (233cm) termasuk tapak
b) Lebar kepok:
3 kaki (100cm) termasuk tapak
c) Tinggi kepok: Tidak lebih 1 kaki (33.3cm)
d) Warna kepok:
Putih
a) Panjang Kepok:
3.5 kaki (133.3cm) termasuk tapak
b) Lebar kepok:
2 kaki (66.6cm) termasuk tapak
c) Tinggi kepok:
Tidak lebih 1 kaki (33.3cm)
d) Warna kepok:
Putih
a) Panjang Kepok:
3.5 kaki (133.3cm) termasuk tapak
b) Lebar kepok:
2 kaki (66.6cm) termasuk tapak
c) Tinggi kepok: Tidak lebih 1 kaki (33.3cm)
d) Warna kepok:
Putih
Ukuran Nisan a) Tinggi nisan:
2 kaki (66.6cm) termasuk yang tertanam
b) Warna nisan: Putih
c) Bentuk: Bulat
d) Maklumat:
Nama
Tarikh Lahir
Tarikh Mati
No Lot
a) Tinggi nisan:
2 kaki (66.6cm) termasuk yang tertanam
b) Warna nisan: Putih
c) Bentuk: Pipih
d) Maklumat:
Nama
Tarikh Lahir
Tarikh Mati
No Lot
a) Tinggi nisan:
2 kaki (66.6cm) termasuk yang tertanam
b) Warna nisan: Putih
c) Bentuk: Bulat
d) Maklumat:
Nama
Tarikh Lahir
Tarikh Mati
No Lot
a) Tinggi nisan:
2 kaki (66.6cm) termasuk yang tertanam
b) Warna nisan: Putih
c) Bentuk: Pipih
d) Maklumat:
Nama
Tarikh Lahir
Tarikh Mati
No Lot
Nisan / Kepok